3:27:00 PM / Posted by Nazan Dinamik Enterprise /

Pengarah Urusan Nazan Dinamik Enterprise

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya amat mengalu-alukan semua bumiputra untuk menjadi kontraktor yang berjaya dan berniaga dengan secara jujur dan amanah unutk memastikan pembangunan negara seimbang seperti kehendak global" sesungguhnya perniagaan itu adalah sunah nabi dan satu pekerjaan yang mulia apabila berlandaskan islam.Syarikat kami akan berusaha menjadi sebuah syarikat pemangkin peneraju kepada pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar. Kawasan luar bandar difokuskan kerana jaringan pembangunan di kawasan luar bandar haruslah sejajar dengan pembangunan di kawasan-kawasan bandar tanpa memusnahkan dan mengganggu ekologi asal kawasan tersebut.Selain itu juga penduduk luar bandar berhak untuk menikmati infrasuktur dan prasarana seperti mana yang tersedia di kawasan bandar agar penduduk luar bandar dapat merasai dan menikmati arus pembangunan global.



Fokus utama syarikat :-

· Memajukan kawasan luar Bandar

· Perkhidmatan secara telus, adil, dan berkebajikan

· Kepentingan pada kualiti kerja dan perkhidmatan

· Mementingkan kepuasan pelanggan dan pengguna

· Memastikan segala kerja ynag dilakukan sentiasa mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan

· Mengutamakan kelicinan dalam urusan pentadbiran


Kerajaan Akan Mengambil Tindakan Terhadap Kontraktor Jalan Yang Tidak Menepati Ciri-Ciri Keselamatan Bagi Kerja-Kerja Jalan - 18 Januari 2008

KENYATAAN AKHBAR
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA MEDIA

18 JANUARI 2008

KERAJAAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP KONTRAKTOR JALAN YANG TIDAK MENEPATI CIRI-CIRI KESELAMATAN BAGI KERJA-KERJA JALAN

Jabatan Kerja Raya(JKR) akan mengetuai satu inquiri berkaitan kes kemalangan yang berlaku di Gurun, Kedah bagi menyiasat samada terdapat kelemahan atau pelanggaran prosedur berkaitan keselamatan di tapak kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) kontraktor terbabit akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam sesi inquiri tersebut. Panel Inquiri akan di ketuai oleh Jabatan Kerja Raya dan dianggotai oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(MIROS), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan(DOSH), Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Kontraktor-kontraktor jalan perlu mematuhi garis panduan teknik dan keselamatan JKR serta keperluan Occupational Health and Safety Act 1994 dan juga keperluan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak kontraktor yang didapati bersalah dan melakukan penyelewengan akan di senarai hitam. Pihak JKR, DOSH, JKJR, MIROS, PDRM dan JPJ akan berkerjsama bagi menganjurkan seminar yang akan memberi fokus kepada pelaksanaan garis panduan JKR, DOSH dan keperluan-keperluan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, bagi meningkatkan kesedaran kontraktor projek-projek jalan.